Program Khas Bersama OKU

20 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 19 September 2018, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Program Khas Bersama OKU ini merupakan program kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara dan Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan bunga kebangsaan Malaysia. Di awal program, beliau diberikan penerangan berkaitan dengan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Selepas mengenal warna dan juga bentuk bunga kebangsaan ini, beliau di minta untuk mewarna gambar bunga kebangsaan yang telah diberikan. Di akhir program ini, beliau dapat mengenal bunga kebangsaan Malaysia melalui warna dan juga bentuknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali